Brad Pitt adalah pelakon veteran yang setakat ini sudah terlibat dengan lebih 70 filem sejak tahun 1980-an lagi. Di dalam temubual bersama dengan majalah GQ (dilaporkan oleh The Hollywood Reporter), pelakon berumur 58 tahun tersebut mengatakan yang beliau sudah di peringkat akhir kariernya sebagai pelakon.

“Saya menganggap yang saya sudah berada di bahagian akhir. Ini adalah semester atau trimester terakhir. Bagaimana bahagian seterusnya? Dan bagaimana saya ingin menghasilkannya?” katanya.

Namun, beliau tidak mengatakan akan bersara di dalam masa terdekat, selain itu beliau juga akan terus terlibat dengan industri perfileman, walaupun bukan sebagai pelakon tetapi juga sebagai penerbitan melalui studio Plan B Entertainment, studio penerbitan yang ditubuhkan bersama dengan Brad Grey dan Jennifer Aniston.

Pada tahun ini, terdapat tiga filem lakonan Brad Pitt iaitu The Lost City sebagai watak sampingan dan dua filem akan datang iaitu Bullet Train dan Babylon. Beliau juga terlibat dengan filem oleh Jon Watts yang akan berganding dengan George Clooney, akan tetapi masih tiada tajuk.

Bacaan Lanjut: Bullet Train Adalam Filem Aksi Komedi Brad Pitt Yang Akan Memecut Ke Panggung 4 Ogos Akan Datang.

Brad Pitt bukanlah pelakon veteran yang sudah bercakap mengenai persaraan, Jim Carrey juga sebelum ini mengatakan yang beliau bercadang untuk bersara dari dunia lakonan melainkan mendapat skrip yang benar-benar penting.

Sohor Kini