Gary Oldman Ingin Bersara Selepas Siri Slow Horses Tamat

Gary Oldman adalah seorang pelakon yang berbakat. Beliau adalah James Gordon dalam trilogi Dark Knight, Sirius Black dalam francais Harry Potter, Winston Churchill dalam Darkest Hour dan terkini sebagai perisik tua iaitu Jackson Lamb dalam siri TV Apple TV+ Slow Horses.

Dalam temuramah bersama The Sunday Times yang dilaporkan oleh Comicbook, Gary Oldman menyatakan beliau ingin bersara daripada bidang lakonan. Beliau kini berusia 64 tahun dan tahun hadapan sudah mencapai 65 tahun iaitu berdekatan dengan usia 70 tahun.

Oldman memberitahu beliau tidak ingin aktif apabila sudah usia 80 tahun dan ingin bersara dengan Jackson Lamb sebagai watak terakhir beliau dalam dunia lakonan. Slow Horses sedang menantikan musim kedua dan sudah pun disahkan akan diteruskan untuk musim ketiga dan keempat.

Jika ambil anggaran kesemua musim Slow Horses, ada kemungkinan penggambaran akan tamat sebaik sahaja beliau berusia sekitar 70 tahun.

Sohor Kini