Level Up KL iaitu persidangan tahunan untuk pembangun permainan video di Asia Tenggara anjuran MDEC telah hadir dengan Level Up KL Games Showcase di Steam untuk memperlihatkan permainan-permainan yang dibangunkan oleh pembangun Malaysia.

Ia adalah bersempena dengan persidangan tersebut yang akan berlangsung hujung bulan September ini dan juga bersempena Hari Merdeka yang disambut hari ini.

Anda boleh layari showcase ini melalui pautan berikut – Level Up KL Games Showcase.

Antara permainan yang diperlihatkan adalah Gigabash oleh Passion Republic Games, Paper Ghost Stories: 7PM oleh Cellar Vault Games, dan Good Knight oleh Team Good Knight.

Selain menyenaraikan permainan yang sudah dilancarkan, ia juga menyertakan permainan-permainan yang sedang dibangunkan untuk anda meletakkan di dalam senarai hajat jika berminat untuk mengikuti perkembangan terbaru permainan tersebut. Ini termasuklah permainan yang tersenarai untuk SEA Game Awards 2023.

Sohor Kini