Gamescom Asia 2023 yang akan berlangsung pada 19 sehingga 22 Oktober 2023 buat pertama kalinya akan menyertakan Entertainment Zone secara fizikal membolehkan penerbit untuk berinteraksi secara terus dengan pengunjung.

B2C Entertainment Zone ini akan menyertakan beberapa bahagian berbeza seperti indie, esukan, cosplay, permainan papa dan pelbagai lagi. Mereka juga telah mengesahkan yang Capcom antara yang akan terlibat dengan acara ini.

Selain daripada itu, dengan kerjasama bersama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), acara anugerah SEA Games akan berlangsung ketika Gamescom Asia 2023 buat pertama kali, sebelum ini ia dianjurkan ketika acara Level Up.

Bagi pencipta kandungan dan pempengaruh, Content Creator Summit akan dianjurkan pada 20 Oktober untuk perkongsian mengenai industri tersebut.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Gamescom Asia 2023 di laman rasmi mereka.

Sohor Kini