Pada tahun lepas, Google telah hadir dengan aplikasi Google Play Games iaitu aplikasi pelagak yang membolehkan permainan Android dimainkan di PC.

Terbaru, mereka telah menganjurkan promosi diskaun RM12 untuk sebarang pembelian pertama melalui aplikasi tersebut. Anda boleh dapatkan diskaun ini dengan membuka mana-mana permainan dan melakukan transaksi yang melebihi RM12, potongan akan disertakan sebelum pembayaran dilakukan.

Promosi ini adalah terbuka untuk sebarang pembelian bagi mana-mana permainan yang ditawarkan di dalam Google Play Games kecuali Honkai Impact 3, Genshin Impact 3, Lineage W dan juga pembelian langganan dalam aplikasi.

Google Play Games masih di peringkat beta dan bukan kesemua permainan Android boleh dimainkan menggunakannya. Antara permainan yang boleh dipasang adalah Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire MAX, Asphalt 9: Legends, Genshin Impact, Dragon Ball Legends, Cookie Run: OvenBreak, WWE Supercard, dan Arknights.

Anda boleh muat turun aplikasi Google Play Games melalui pautan ini.

Sohor Kini