Skip to main content

Ratata Arts iaitu studio ditubuhkan oleh Hiroyuki Kotani yang merupakan pencipta siri permainan irama Patapon telah mengumumkan permainan Ratatan akan dibangunkan dan akan memasuki biayasama Kickstarter pada 31 Julai 2023.

Berdasarkan treler acah yang dikongsi yang anda boleh tonton di bawah, Ratatan mempunyai banyak persamaan dengan Patapon yang dikeluarkan untuk PSP pada tahun 2007, 2008 dan 2011. Menurut laporan oleh VGC, Ratatan akan menyertakan elemen roguelite dan juga multi-pemain sehingga 4 pemain.

Buat masa ini mereka tidak mengumumkan platform untuk Ratatan tetapi tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi bekerjasama dengan PlayStation. Selain Hiroyuki Kotani, Ratatan juga akan melibatkan Kemmei Adachi iaitu pencipta muzik untuk Patapon.

Bacaan Lanjut: Patapon 2 Remastered – Permainan Irama Sukar

Leave a Reply