Skip to main content

Imaginur adalah filem tempatan bergenre drama, fantasi dan cereka sains. Filem memfokuskan kisah Zuhal lakonan Beto Kusyairy yang menjadi kehidupan beliau menjadi huru-hara apabila tidak dapat membezakan peristiwa silam dan masa depan. Zuha menjadi semakin buntu apabila gadis misteri, Nur lakonan Diana Danielle mula muncul.

Baca – Ulasan Imaginur

Filem ini adalah antara filem tempatan terbaik yang pernah diulas oleh Aksiz. Malah maklum balas orang ramai untuk filem mind blown seperti ini turut memberangsangkan. Seperti yang dilaporkan bulan lepas, Imaginur akan ke Prime Video – hari ini mereka mengesahkan ia boleh distrim bermula 13 Julai ini.

Imaginur adalah filem arahan Nik Amir Mustapha dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Diana Danielle, Afdlin Shauki dan Nadiya Nisaa. Filem ini turut berjaya mengutip sebanyak RM6 juta selepas sebulan ditayangkan di pawagam.

Leave a Reply