Apa terjadi jika dunia mimpi dan realiti anda telah bercampur-baur sehingga anda tidak dapat bezakan yang mana satu? Itulah situasi yang dihadapi oleh Zuhal lakonan Beto Kusyairy dalam filem Imaginur. Kehidupan beliau bertambah mengelirukan apabila wanita misteri bergelar Nur lakonan Diana Danielle muncul.

Imaginur yang ditayangkan pada 23 Februari 2023 dilihat telah menerima sambutan yang sangat baik. Lebih-lebih lagi untuk filem tempatan yang berat dan rumit seperti ini. Malah pengarah filem juga terkejut filem ini menerima sambutan baik.

Selepas dua minggu tayangan filem ini menerima kutipan sebanyak RM2 juta. Kini selepas hampir sebulan di pawagam, Imaginur mencatatkan kutipan sebanyak RM6 juta. Filem ini diarahkan oleh Nik Amir dan ditulis oleh beliau bersama dengan Redza Minhat.

Pelakon lain yang terlibat dalam filem ini adalah Afdlin Shauki, Fatimah Abu Bakar, Mior Hashim Manap, Nadiya Nissa dan juga Rahim Razali. Nik Amir sebelum ini pernah hadir dengan filem Kil, Terbaik Dari Langit dan Rise: Ini Kalilah.

Baca: Ulasan Imaginur

Sohor Kini