Prime Video sejak kebelakangan ini mula memberikan fokus kepada pasaran tempatan. Jika anda perasan di jalan raya sudah mula ada iklan dan kemudian sejak awal bulan ini pelbagai filem menarik termasuk Abang Long Fadhil 3 turut ditawarkan.

Tidak cukup dengan pengumuman dua kandungan asli tempatan That Cover Girl dan Budak Flat, Prime Video turut mengumumkan yang platform penstriman video mereka in turut akan menawarkan filem Imaginur dan Coast Guard Malaysia: Ops Helang.

Baca – Ulasan Imaginur

Dua filem ini adalah antara yang menjadi perbualan orang ramai ketika dilancarkan. Imaginur iaitu filem arahan Nik Amir Mustapha merupakan filem psikologi yang memutar belit keadaan dengan penceritaan unik dan prestasi lakonan mantap Beto Kusyairy.

Sementara Coast Guard Malaysia: Ops Helang adalah satu lagi filem bertemakan tentera yang menjadi trend untuk pasaran Malaysia sejak tahun lepas ke tahun ini. Tiada tarikh lagi buat masa ini tetapi anda boleh mula langgan Prime Video pada harga RM25 sebulan dan nantikan kehadirannya tidak lama lagi.

Sohor Kini