El Muerto ialah satu lagi filem di bawah Sony’s Spider-Man Universe yang akan dilakonkan oleh penyanyi Bad Bunny. Filem akan diarahkan oleh Jonás Cuaron iaitu pengarah untuk filem DC, Blue Beetle.
Pada awalnya filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 12 Januari 2024. Baru-baru ini Sony telah membuang El Muerto dari jadual tayangan kerana Bad Bunny yang sibuk dengan konsert serta mogok penulis di Amerika. Filem ini masih di peringkat awal pembangunan dan kini tiada lagi tarikh baharu bila ia akan ditayangkan.
El Muerto ditulis oleh Gareth Dunnet-Alcocer yang mengisahkan Juan-Carlos Estrada mewarisi kuasa kuat ayahnya. Dalam komik Juan-Carlos selepas menjadi El Muerto menghubungi J. Jonah Jameson untuk bergusti bersama Spider-Man dan selepas tewas mereka bersama-sama menewaskan musuh utama El Dorado.
Sumber – Deadline