Dunia DC Universe semakin berkembang. Blue Beetle adalah Adiwira baharu yang James Gunn katakan salah satu filem dalam mesta adiwira uni. Filem aksi nyata Blue Beetle turut melibatkan studio Hasbro eOne, DC Studios dan syarikat Peter Safran.

Tonton treler pertama bagi filem ini di bawah;

Blue Beetle atau Jaime Reyes dilakonkan oleh pelakon Cobra Kai iaitu Xolo Maridueña. Beliau menerima kuasa melalui azimat Kumbang makhluk asing yang melindungi tubuh beliau dengan sejenis eksoskleton serta bantuan AI yang digelar Khaji Da seperti teknologi dalam perisai Iron Man yang kadangkala tidak membantu Jaime.

Scarab ini dikatakan dicipta oleh puak makhluk asing yang digelar sebagai Reach

Berdasarkan treler Jaime menerima azimat Kumbang Scarab ini dan kemudian dikejar penjahat untuk merampasnya. Jaimi kemudiannya belajar menggunakan kuasa ajaib yang ada untuk menjadi adiwira yang melindungi keluarga dan dunia.

Filem ini memfokuskan kawasan Mexico di mana watak-watak peranan penting adalah orang tempatan di sana. George Lopez, Susan Sarandon, Raoul Trujillo dan Harvey Guillén adalah antara pelakon dalam filem ini.

Blue Beetle akan tiba di pawagam pada 18 Ogos nanti.

Sohor Kini