Bulan April lalu, Sony mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem solo El Muerto yang berlaku dalam dunia Spider-Man. Beliau adalah Juan-Carlos Estrada Sánchez seorang ahli gusti profesional yang dilatih oleh bapa beliau Marcus Estrada de la García. Sebagai ritual untuk mendapatkan topeng El Muerto yang memberi kuasa kuat, beliau perlu berlawan dengan El Dorado tetapi Sánchez tidak berminat dan El Dorado membunuh bapa beliau.

Selepas 10 tahun, Sánchez akhirnya menjadi El Muerto dan untuk kebajikan beliau menghubungi J. Jonah Jameson untuk bergusti bersama Spider-Man. Selepas tewas, bermulalah hubungan baik beliau bersama adiwira kegemaran ramai ini. Bersama-sama mereka cuba menawarkan El Dorado.

Sony mengesahkan yang Bad Bunny ataupun nama sebenar beliau Benito Antonio Martínez Ocasio akan menjadi El Muerto dalam filem aksi nyata. Beliau adalah seorang bekas ahli gusti WWE dan juga turut pernah berlakon dalam F9 dan siri Narcos: Mexico. Kini, pengarah bagi filem ini tekah ditemui iaitu Jonás Cuaron.

Jonás Cuaron adalah pengarah untuk filem DC, Blue Beetle dengan pelakon Cobra Kai – Xolo Maridueña yang akan menjadi Jaime Reyes atau Blue Beetle sendiri. Penulis filem El Muerto pula adalah Gareth Dunnet Alcocer yang juga menulis Blue Beetle dan beberapa filem Mexico lain.

Filem El Muerto ini dijangka akan ditayangkan bermula pada 12 Januari 2024.

Sohor Kini