Sony Pictures telah mengumumkan yang menyertai Venom, Morbius dan Spider-Man sendiri, mereka akan hadir dengan filem berdasarkan El Muerto iaitu di dalam dunia Spider-man beliau adalah seorang ahli gusti yang mendapat kuasa melalui topeng yang dipakai.

Pengumuman ini dilakukan oleh Sony ketika Cinemacon yang sedang berlangsung di Las Vegas (dilaporkan oleh Deadline). El Muerto akan dilakonkan oleh Bad Bunny iaitu seorang penyanyi dan juga pelakon, beliau juga membuat penampilan di Cinemacon.

Bad Bunny ataupun nama sebenar beliau Benito Antonio Martínez Ocasio merupakan penyanyi dari Puerto Rico, selain menyanyi beliau juga adalah pelakon dengan pernah terlibat sebagai watak sampingan di dalam filem seperti F9 dan siri Narcos: Mexico.

Bersesuaian dengan watak El Muerto, beliau juga pernah terlibat dengan gusti apabila menyertai WWE untuk seketika dan sempat memegang tali pinggan WWE 24/7 Championship.

Filem El Muerto ini dijangka akan ditayangkan bermula pada 12 Januari 2024.

Sohor Kini