Marvel Entertainment baru-baru ini telah berkongsi video “Iron Man: 15 tahun kemudian bersama Kevin Feige dan Jon Favreau”. Di dalam video ini Kevin Feige dan Jon Favreau iaitu penerbit dan juga pengarah bagi Iron Man mengenang kembali filem yang merupakan permulaan untuk Marvel Cinematic Universe.

Terdapat pelbagai perbincangan yang menarik termasuk juga informasi yang tidak pernah didedahkan sebelum ini. Antaranya adalah mengenai Robert Downey Jr. iaitu penggerak utama filem ini sebagai Tony Stark dan Iron man pernah dicadangkan untuk membawa watak lain di dalam dunia Marvel.

Menurut Favreau sebelum Downey Jr. disahkan sebagai Tony Stark, beliau pernah dicadangkan untuk watak Doctor Doom di dalam projek Fantastic Four. Watak Doctor Doom sebaliknya dilakonkan oleh Julian McMahon untuk filem Fantastic Four yang dikeluarkan pada tahun 2005.

Favreau juga mengatakan yang Downey Jr. menjadi bahagian penting di dalam kejayaan filem Iron Man kerana beliau memahami perwatakan Tony Stark dan Iron Man. Kevin Feige kemudian menambah yang pembawaan watak yang dihasilkan oleh Favreau dan Downey Jr. dalam filem Iron Man dijadikan templat untuk keseluruhan MCU.

Favreau dan Feige berjenaka yang tanpa Robert Downey Jr., Marvel Studios tidak akan wujud. Legasi Iron Man dalam MCU kini diteruskan melalui filem Black Panther: Wakanda Forever dengan watak Ironheart/Riri Williams lakonan Dominique Thorne yang akan mempunyai siri tersendiri dan juga filem Armor Wars.

Sumber – Deadline

Sohor Kini