Siri TV Armor Wars Akan Diubah Menjadi Filem

Armor Wars adalah siri TV yang akan memfokuskan kepada watak Colonel James “Rhodey” Rhodes/War Machine lakonan Don Cheadle. Siri ini akan memperlihatkan bagaimana beliau menguruskan semua teknologi dan senjata yang dibangunkan oleh Stark Industries agar tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Siri ini asalnya akan mempunyai enam episod dan akan disiarkan di Disney+. Tetapi Hollywood Reporter hari ini mengumumkan yang Armor Wars akan diubah menjadi filem kerana Marvel rasakan filem adalah bentuk penceritaan yang lebih baik untuknya.

Yassir Lester salah seorang penulis untuk siri komedi Brooklyn Nine-Nine akan kekal sebagai ketua penulis untuk projek Armor Wars. Pengarah masih belum ditemui lagi dan butirang mengenai Armor Wars juga masih tidak disahkan sama ada akan menjadi filem untuk fasa ke berapa dalam MCU.

Perancangan awal untuk Armor Wars adalah penggambaran sepatutnya bermula tahun 2023, tetapi kini ia mungkin akan ditunda dan tiada sebarang kepastian bila filem akan ditayangkan.

Sohor Kini