Amazon Games Umum MMO Berdasarkan The Lord of the Rings

Amazon Games telah mengumumkan yang mereka telah mencapai persetujuan dengan Embracer Group iaitu pemilik untuk Middle-earth Enterprises yang memegang hak bagi IP The Lord of the Rings – untuk hadir dengan permainan MMO berdasarkan IP tersebut.

Permainan MMO baharu ini akan menyertakan penceritaan daripada The Hobbit dan juga trilogi The Lord of the Rings. Mereka juga mengumumkan yang permainan ini masih di peringkat awal pembangunan ooleh Amazon Games Orange County iaitu pencipta untuk New World.

Amazon Games juga akan menjadi penerbit untuk permainan ini, tetapi buat masa ini masih tiada perkongsian tarikh dan juga platform untuknya. Embracer Group telah mengambil hak intelek untuk The Lord of the Rings pada tahun 2022.

Sohor Kini