Skip to main content

Sekitar bulan lepas kami melaporkan yang Netflix akan melabur sebanyak RM11 bilion selama empat tahun untuk kandungan Korea seperti filem dan siri TV. Ia adalah perbelanjaan yang banyak untuk memastikan orang ramai kekal melanggan platform mereka agar boleh menonton lebih banyak kandungan tular seperti Squid Game, Money Heist dan baru-baru ini Black Knight.

Tetapi menurut TechCrunch melalui WSJ Netflix akan memotong perbelanjaan tahunan mereka pada tahun ini ke sebanyak $200 juta iaitu sekitar RM1,349,550,000. Antara sebab mereka melalukan strategi ini adalah kerana menunda permintaan bayaran jika pelanggan ingin berkongsi akaun dan kata laluan dan kutipan keuntungan daripada langkah ini mungkin bermula pertengahan kedua 2023 nanti.

Penjimatan sebanyak lebih RM1.3 bilion ini sebenarnya kecil. Tahun lepas Netflix telah berbelanja sebanyak $26 bilion iaitu sekitar RM116,961,000,000. Netflix turut dilaporkan meminta para pekerja mengurangkan pengambilan pekerja baharu.

Mungkin dengan memfokuskan kepada kandungan Korea mereka boleh menarik pelanggan Asia untuk lebih melanggan agar dapat menjana keuntungan lebih. Di Korea dan Jepun misalnya ada pelan sekitar RM18-RM28 dengan iklan, sementara di Malaysia atau Thailand ada pelan peranti mudah alih RM17 yang sudah mencukupi untuk orang ramai.

Leave a Reply