Skip to main content

Co-CEO Netflix iaitu Ted Sarandos baru-baru ini telah bertemu dengan Yoon Suk-yeol iaitu Presiden Korea Selatan. Dalam pertemuan ini beliau telah mengesahkan yang Netflix akan melabur sebanyak $2.5 bilion di Korea untuk pembangunan k-drama, filem dan rancangan TV tanpa skrip.

Jumlah $2.5 bilion ini adalah sekitar RM 11,152,500,000 dan pelaburan ini adalah untuk tempoh selama 4 tahun.

Netflix berani mengeluarkan pelaburan yang banyak ini kerana percaya akan industri hiburan di Korea Selatan. Melaluinya mereka boleh sampaikan lebih banyak cerita menarik dan mengukuhkan lagi hubungan bersama negara ini.

Setakat ini kerjasama Netflix dan Korea Selatan yang bermula sejak 2016 telah membuahkan hasil yang memuaskan seperti Squid Game, The Glory dan Physical:100.

Sumber: Netflix

Leave a Reply