Pengambil-alihan Activision Blizzard oleh Microsoft dijangka menerima berita baik pada minggu depan apabila Reuters melaporkan yang Badan Anti-Monopoli Eropah akan meluluskan pengambil-alihan tersebut pada 15 Mei 2023.
Jika Eropah meluluskannya bersama dengan Amerika Utara, pengambil-alihan ini boleh dikatakan sudah menerima lampu hijau untuk diselesaikan, kerana dua pasaran tersebut boleh dikatakan pasaran terbesar dan paling penting untuk mereka.
Beberapa negara seperti Brazil, Chile, Jepun, Arab Saudi, Serbia dan juga Afrika Selatan telah meluluskan pengambil-alihan ini.
UK sebelum ini menjadi yang pertama dan satu-satunya menyekat pengambil-alihan ini dan Microsoft sudah melakukan rayuan dengan mengatakan alasan diberikan oleh UK berkait dengan teknologi awan tidak berasas kerana teknologi tersebut masih memerlukan beberapa tahun lagi untuk digunakan dengan lebih meluas.