UK Menyekat Pengambil-Alihan Activison Oleh Microsoft

Badan Persaingan dan Pasaran (CMA) UK hari ini telah menyekat pengambil-alihan Activision oleh Microsoft dengan kos lebih kurang RM295 bilion dan memberi sekatan utama daripada pengambil-alihan ini dapat dilakukan.

CMA sebelum ini mengatakan yang pengambil-alihan ini dapat memberi kesan yang tidak baik kepada pengguna di UK yang boleh membawa kepada harga yang lebih tinggi, kurangnya pilihan dan inovasi.

Melalui kenyataan baharu yang dikeluarkan, mereka mengatakan persaingan di dalam teknologi awan adalah sebab utama sekatan pengambil-alihan ini. Melalui Activision, Microsoft akan mendapat kelebihan di dalam penawaran teknologi awan berbanding pesaing lain.

Microsoft melalui Presiden mereka Brad Smith mengatakan yang mereka masih lagi komited untuk menjayakan pengambil-alihan ini dan akan melakukan rayuan dan mengatakan keputusan oleh CMA ini bersifat pragmatik dan mengatakan mereka tidak memahami pasaran.

Microsoft mengumumkan secara rasmi yang mereka akan mengambil-alih Activision pada tahun lepas lagi, akan tetapi buat masa ini masih tidak menerima kebenaran daripada dua pasaran utama iaitu Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Sumber: Eurogamer

Sohor Kini