Treler terbaru untuk Fast X sebelum ini telah memperlihatkan pelbagai adegan kejar mengejar, anda kini boleh mengalami sendiri adegan tersebut melalui permainan 8-bit yang dikongsikan oleh laman filem ini.
Permainan ini adalah ringkas di mana anda perlu bergerak ke kiri atau kanan mengelak daripada trafik dan mengutip power-up yang hadir dalam bentuk pelbagai barangan berkait dengan sesuatu watak. Jika berjaya capai ke garisan penamat sebelum masa tamat, pemain boleh ke adegan seterusnya.
Benar, permainan ini adalah ringkas sahaja akan tetapi sudah semestinya lebih menarik berbanding Fast & Furious Crossroads yang dikeluarkan pada tahun 2020.
Anda boleh layari laman ini untuk bermain sendiri permainan sampingan Fast X ini.
Filem Fast X akan berlumba di pawagam pada 18 Mei 2023.