Setelah mengumumkannya sekitar hujung tahun lepas, hari ini Bandai Namco dan Slightly Mad Studios akhir memperlihatkan bentuk permainan Fast & Furious Crossroads secara rasmi.

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, permainan ini merupakan permainan khas berdasarkan siri filem Fast & Furious di mana ia menyertakan pelbagai pelakon asal daripada siri filem tersebut seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez dan Tyrese Gibson.

Berdasarkan video acah di atas, permainan ini kelihatan memfokuskan bentuk perlumbaan kereta dan elemen aksi menembak di mana pemain berupaya untuk menggunakan pelbagai senjata, gajet dan sebagainya untuk tumpaskan musuh.

Menariknya, permainan ini juga kelihatan akan menyertakan pelbagai jenis lokasi dan pada masa yang sama ia akan menyertakan elemen multi-pemain secara koperasi di mana pemain perlu kerjasama untuk tumpaskan musuh.

Fast & Furious Crossroads akan dilancarkan pada 7 Ogos 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini