Lemon Sky Studios iaitu studio permainan video di Malaysia telah mengumumkan kerjasama selama 4 tahun bersama dengan Arkane Austin untuk membangunkan Redfall yang baru sahaja dilancarkan pada minggu ini.

Arkane Austin merupakan sebahagian daripada Arkane Studio merupakan studio ZeniMax Media di bawah Xbox Game Studios. Lemon Sky Studios pada tahun 2021 telah diambil-alih oleh iCandy iaitu syarikat permainan video dan hiburan dari Australia.

Lemon Sky mengatakan yang mereka memulakan projek Redfall sebelum pandemik bermula lagi yang membawa cabaran tersendiri. Mereka bertanggungjawab untuk menghasilkan prop interaktif buat watak, aset, dan juga persekitaran bagi permainan ini.

Sohor Kini