The Wall Street Journal telah melaporkan yang SEGA semakin menghampiri untuk mengambil-alih Rovio iaitu pembangun bagi permainan popular Angry Birds yang juga telah diadaptasi menjadi filem.

SEGA dikatakan akan membayar lebih kurang $1 bilion (~RM4.4 Bilion) untuk pengambil-alihan ini. Tambah laporan tersebut, jual beli ini mungkin selesai pada hujung minggu ini jika tiada sebarang masalah semasa perbincangan.

Rovio sebelum ini dikatakan bakal diambil-alih oleh Playtika iaitu syarikat permainan yang berpusat di Israel akan tetapi perbincangan di antara dua syarikat tersebut tidak membawa kepada sebarang perjanjian.

Sohor Kini