Playtika Dalam Perbincangan Untuk Ambil-Alih Rovio

Rovio merupakan salah satu syarikat permainan mudah-alih yang popular dengan penawaran permainan Angry Birds.

Setelah sekian lama senyap tanpa sebarang pengenalan yang besar, kini Rovio menyatakan dalam perbincangan bersama PlayTika dan beberapa yang lain untuk pengambil-alihan.

Buat masa ini, ia pada peringkat perbincangan, dan tidak diketahui sama ada perbincangan ini akan berakhir dengan pengambil-alihan atau sebaliknya.

Playtika merupakan salah satu syarikat permainan yang berpusat di Israel, yang turut mempunyai sejumlah permainan berbentuk judi dan kasino dibawah mereka.

Sohor Kini