Nampaknya gabungan HBO Max dan Discovery+ sebagai Max bukan hanya kepada nama tetapi juga kepada lambakan kandungan dua platform penstriman dalam satu. Tambah pula dengan banyak kandungan baharu diumumkan seperti anime Rick and Morty, siri TV Harry Potter, The Penguin dan banyak lagi.

Warner Bros. Discovery turut tidak lupa kepada kandungan komedi lebih-lebih lagi sitkom. Eksklusif untuk Max, siri sampingan kepada sitkom The Big Bang Theory kini sedang dibangunkan. Menjadikan kandungan ini sebagai siri sampingan kedua selepas Young Sheldon.

Chuck Lorre yang mencipta dua siri ini turut akan bertanggungjawab ke atas siri sampingan baharu ini. Siri ini dikatakan akan memfokuskan kepada watak baharu yang berlaku dalam dunia sama tetapi dengan potensi watak Big Bang asal akan melakukan penampilan khas.

Tiada butiran lain yang dikongsi mengenai siri ini. Young Sheldon adalah satu-satunya siri sampingan Big Bang setakat ini yang kini sedang berdada di musim keenam dan masih sedang disiarkan.

Sohor Kini