The Penguin Nampak Seakan Siri TV Batman Yang Menarik

Oswald Cobblepot kembali beraksi kini dalam bentuk siri TV selepas kemunculan beliau dalam filem The Batman oleh Matt Reeves. Reeves meneruskan watak ini dalam siri untuk platform penstriman Max. Cobblepot atau Penguin kekal dilakonkan oleh Collin Farrell.

Dalam treler yang dipertontonkan ia memperlihatkan bagaimana Penguin yang sebelum ini hanyalah konco kepada gansgter lain mencipta nama dan cuba menjadi ketua gangster terkenal. Penguin dilihat cuba mengawal kesemua penjenayah di Gotham, di mana bandar yang bermasalah dengan undang-undang ini memudahkan Penguin meneruskan perancangan beliau.

Siri ini hanya akan disiarkan pada tahun 2024 nanti. Butiran jelas mengenai siri ini masih tidak diketahui dan turut tidak pasti jika Batman akan muncul atau tidak dalam dunia DC Elseworld Matt Reeves ini. Selain Farrell, Cristin Milioti, Rhenzy Feliz, Michael Kelly, Shohreh Aghdashloo, Deirdre O’Connell, Clancy Brown, dan Michael Zegen turut akan berlakon dalam siri ini.

Sohor Kini