Rick And Morty Akan Diadaptasi Menjadi Anime

Rick and Morty adalah siri animasi orang dewasa yang lucu. Banyak aksi aneh mereka lakukan pasti akan mencuit hati dan animasi ini turut kerap melakukan parodi dan mengejek banyak perkara-perkara dalam budaya pop. Sehingga hari ini Rick and Morty telah mempunyai 6 musim.

Animasi ini turut kerap mempunyai episod khas yang ada tema dan mereka terkenal dengan konsep multimesta. Terkini sempena pengumuman Max, Rick and Morty disahkan akan diadaptasi menjadi anime Rick and Morty: The Anime.

Idea mengenai anime siri animasi ini telah pun kedengaran sejak tahun lepas lagi. Kini ia telah rasmi dalam pembangunan. Rick and Morty: The Anime akan dihasilkan oleh Adult Swim dan Telecom Animation Film. Siri anime ini akan memperlihatkan Rick Sanchez dan Morty versi baharu dan kisah mereka tidak akan ada kaitan dengan animasi asal.

Akan tetapi tema dan jenis jenaka siri ini akan cuba dikekalkan mengikut format asal. Anime ini pun diteruskan selepas Adult Swim hadir dengan siri pendek anime Rick and Morty melalui Rick and Morty vs. Genocider dan Summer Meets God.

Takashi Sano yang mengarah dua anime pendek sebelum ini akan menjadi pengarah Rick and Morty: The Anime.

Sohor Kini