Filem Ghostbusters: Afterlife akan menerima sekuel. Gil Kenan yang sebelum ini penulis skrip filem akan menjadi pengarah sementara Jason Reitman hanya akan menjadi penulis dan penerbit sahaja. Filem ini turut akan memfokuskan kepada lokasi sekitar balai bomba ikonik dari filem asal.

Filem ini menyertakan ramai pelakon baharu iaitu Paul Rudd, Carrie Coon, Finn Wolfhard dan Mckenna Grace. Sementara pelakon asal seperti Bill Murray, Dan Aykroyd, Ernie Hudson, Annie Potts dan Sigourney Weaver turut melibatkan diri.

Terkini, Kumail Najiani dan Patton Oswalt dilaporkan turut akan berlakon dalam filem ini. Buat masa ini jalan cerita filem masih lagi dirahsiakan. Malah watak yang dua pelakon ini juga masih tidak diketahui. Tetapi filem dikatakan akan ditayangkan pada Disember tahun ini.

Sama-sama kita nantikan.

Baca: Ulasan Ghostbuters: Afterlife – Memberi Peminat Satu Kepuasan Dan Merindui Yang Asal

Sohor Kini