Bulan April lalu, filem sekuel Ghostbusters: Afterlife sudah pun disahkan. Filem ini dikatakan akan memfokuskan di kawasan balai bomba ikonik filem Ghostbusters asal. Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 20 Disember 2023 nanti.

Menurut Deadline, Sony telah menemui pengarah bagi filem sekuel ini iaitu Gil Kenan yang sebelum ini merupakan penulis skrip filem Ghostbusters: Afterlife. Jason Reitman yang sebelum ini menulis dan mengarah akan menjadi penulis dan penerbit sahaja.

Filem sekuel ini turut dikatakan akan mengembalikan pelakon asal termasuk dengan Paul Rudd dan Carrie Coon. Gil Kenan sebelum ini pernah mengarah Poltergeist 2015 dan siri seram antologi Scream.

Sohor Kini