Tahun lepas terdapat laporan yang mengatakan, 21 Mei 2021 adalah “Hari Keanu Reeves” kerana filem John Wick 4 dan sekuel The Matrix akan ditayangkan serentak. Tetapi akibat Covid-19, penggambaran tertunda, pawagam tutup – semuanya berubah. Walaupun begitu, filem ini tetap akan diteruskan dan Keanu Reeves sebelum PKP bermula sudah pun memulakan penggambaran bagi sekuel The Matrix. Ini menjadi tanda tanya, bagaimana pula dengan francais filem John Wick?

John Wick 4 dijadualkan untuk ditayangkan pada 27 Mei 2022. John Wick 4 juga masih belum memulakan penggambaran dan pihak Lionsgate mencadangkan ia akan bermula pada tahun hadapan. Dalam laporan kewangan Lionsgate, CEO mereka John Feltheimer – memberitahu yang John Wick 4 dan John Wick 5 akan membuat penggambaran secara berturut-turut. Tetapi ia bergantung juga kepada jadual Keanu Reeves pada tahun hadapan.
Francais filem John Wick adalah antara yang berjaya dengan kutipan $500 Juta di Box Office – sehinggakan mereka yakin dan bersedia hadir dengan siri TV sampingan The Continental. Buat masa ini skrip francais filem John Wick juga masih sedang ditulis lagi. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.