Skip to main content

Pengarah filem SHAZAM! dan SHAZAM! Fury of the Gods iaitu David F. Sandberg kini menyatakan dalam satu temuramah beliau ingin berehat dari filem adiwira.

Selepas Shazam! pertama, beliau terus terlibat dengan filem sekuel. Melibatkan diri dalam pembangunan dua filem ini memakan masa yang sangat lama dan kerja yang banyak. Jadi beliau ingin berehat dari menghasilkan filem adiwira dan hanya akan fokus kepada projek-projek kecil yang ringkas dan pantas.

Baca: Ulasan SHAZAM! Fury Of The Gods

IMDB

Antara yang beliau rancang adalah filem seram. Sandberg bagi yang tidak tahu adalah pengarah filem seram. Dua filem seram beliau adalah Lights Out dan Annabelle: Creation.

Sandberg turut sudah ada idea untuk filem Shazam! ketiga, di mana filem ini akan melibatkan watak Mister Mind iaitu ulat bulu yang muncul dalam filem pertama berganding bersama Dr. Sivana lakonan Mark Strong. Dua watak ini sepatutnya memainkan peranan dalam SHAZAM! Fury of Gods, tetapi dipotong kerana ingin elak dari filem yang terlampau panjang.

Dengan Warner Bros. sedang mengolah semula mesta filem DC ke DC Universe bersama James Gunn melalui DC Studios, kita mungkin tidak akan lihat sekuel Shazam! dalam masa beberapa tahun lagi. Filem DCU pertama pula adalah pada Julai 2025 iaitu Superman: Legacy yang ditulis dan diarahkan oleh James Gunn mengenai Superman ketika masih muda.

Sumber: Comicbook.com

Leave a Reply