Di acara SDCC 2022 lepas, Marvel dan Disney telah mengesahkan yang Daredevil akan kembali. Watak ini akan mempunyai siri TV tersendiri iaitu Daredevil: Born Again dan Charlie Cox akan kekal sebagai pelakon Matt Murdock/Daredevil.

Watak ini akan memakai kostum baharu merah/kuning inspirasi daripada komik. Matt Murdock muncul kali pertama dalam MCU melalui filem Spider-Man: No Way Home dan akan muncul dalam siri TV She-Hulk serta siri TV Echo sebelum hadir dalam siri TV tersendiri.

Setakat ini, watak daripada siri Defender yang disahkan akan muncul dalam MCU hanyalah Charlie COx sebagai Daredevil dan Vincent D’Onofrio sebagai Kingpin. Watak lain seperti The Punisher lakonan Jon Bernthal, Krysten Ritter sebagai Jessica Jones, Mike Colter sebagai Luke Cage dan lain-lain masih belum disahkan lagi.

Pelakon penting lain dalam Daredevil iaitu Rosaria Dawson sebagai Claire Temple turut belum disahkan lagi. Tetapi di acara Chicago Comic & Entertainment Expo beliau menyatakan yang Marvel sedang membangunkan siri TV The Punisher baharu dan beliau mungkin ada peluang untuk terlibat. Adakah beliau juga akan muncul dalam siri TV Daredevil? Masih tiada sebarang informasi rasmi lagi buat masa ini.

Sohor Kini