Skip to main content

Atomic Monster dan Blumhouse Production sedang dalam perbincangan untuk bergabung menjadi satu syarikat produksi filem seram gergasi dan Universal Pictures turut akan terlibat. Filem pertama daripada kesemua syarikat ini adalah M3GAN, iaitu mengenai robot pengasuh yang membunuh.

Sejak dua tahun lepas, James Wan (Atomic Monster) ingin cuba sesuatu yang berbeza dalam filem seram dan beliau bekerjasama dengan Akela Copper untuk filem Malignant sebagai penulis skrip. Cooper sekali lagi terlibat dengan Wan dalam M3GAN.

Dengan The Conjuring Universe akan dihentikan, Wan dilihat ingin membina dunia filem baharu dan menurut Deadline – sekuel M3GAN sudah pun dalam peringkat pembangunan awal. Bukan itu sahaja, M3GAN sebenarnya adalah filem ngeri ganas yang disunting semula menjadi PG13. Perkara ini membuatkan ramai kecewa kerana filem berubah menjadi komedi/satira.

Deadline turut menyatakan versi ganas M3GAN mungkin sedang dibangunkan juga. Versi unrated filem seperti ini biasanya hanya akan tiba secara digital. Agak menarik untuk lihat bagaimana Atomic Monster dan Blumhouse membina dunia filem seram bertemakan sains fiksyen dan teknologi. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.

Leave a Reply