Seperti yang dilaporkan bulan lepas, Universal akan hadir dengan filem sekuel M3GAN. Bukan itu sahaja, versi ganas filem ini turut akan dikeluarkan.
Bagi yang tidak tahu, semasa penggambaran filem ini memang dihasilkan sebagai filem seram yang ganas. Tetapi diubah ke mesra untuk tontonan umum kerana ingin menarik perhatian lebih ramai orang dan percaya yang kebanyakan filem seram yang seram pun tidak ganas atau dengan rating “R”.

Kini, The Verge melaporkan yang M3GAN versi ganas akan tiba di platform penstriman video pada 24 Februari ini. Cuma akses kepada versi ganas filem ini terhad di Peacock sahaja dan tiada sebarang kepastian jika versi digital akan ditawarkan untuk disewa atau beli.
Baca: Ulasan – M3GAN