Berdasarkan laporan oleh Deadline, Warner Bros di dalam perancangan untuk hadir dengan filem susulan ‘I Am Legend’, iaitu filem lakonan Will Smith yang dikeluarkan pada tahun 2007 yang merupakan adaptasi kepada novel berjudul sama oleh Richard Matheson.

Will Smith dilaporkan akan kembali untuk filem susulan dan akan disertai oleh Michael B. Jordan dan mereka berdua juga akan menjadi salah seorang penerbit untuknya. Buat masa ini sinopsis masih tidak diumumkan lagi.

Bersama dengan mereka adalah Akiva Goldsman penulis untuk filem pertama yang akan kembali sebagai penulis dan juga penerbit.

Sohor Kini