Wizards of the Coast telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk Magic: The Gathering iaitu Phyexia: All Will Be One akan dikeluarkan pada 10 Februari 2023.
Penambahan ini akan menyertakan 271 kad dan merupakan bahagian ketiga daripada empat untuk penceritaan Phyrexian menyertai Dominaria United dan The Brothers’ War yang dikeluarkan sebelum ini.
Phyexia: All Will Be One memfokuskan kepada kekejaman Phyrexians dengan mekanik baharu seperti Corrupted yang akan mendapat kelebihan jika pemain lawan menerima poison, dan tiba bersama dengan Oil Counters. Mekanik lama yang di bawa semula di dalam penambahan ini adalah Proliferate dan Toxic yang akan membawa juga Poison.
Bagi rekaan kad, penambahan ini menggunakan tema karya seram Jepun dengan 40 kad menggunakan gaya seni Ichor manakala 10 Planeswalkers menerima seni dengan gaya manga. Kad Elesh Norn sebagai ketua untuk Phyrexians mendapat kad yang dihasilkan oleh mangaka terkenal Junji-Ito.
Phyexia: All Will Be One akan ditawarkan melalui Draft Boosters, Set Boosters, Collector Boosters, Jumpstart Boosters, Comamnder Deck, Bundles dan Complete Bundle Edition. Anda boleh melakukan pra-tempahan, pembelian ataupun maklumat lanjut di pengedar rasmi Magic: The Gathering di Malaysia yang boleh dicari di pautan ini.