Pagi ini telah kami laporkan yang James Gunn telah mengumumkan projek-projek baharu bagi DC Universe atau DCU. Di mana fasa pertama DCU adalah Chapter One – God and Monster dan menyertakan filem-filem seperti Superman Legacy tulis James Gunn, filem Batman & Robin yang baharu – The Brave and the Bold, Swamp Thing, filem memfokuskan kepada Supergirl dan The Authority.

Selain itu, lima siri turut diumumkan termasuk dengan animasi iaitu Creature Commandos, siri sampingan Peacemaker – Waller, siri aksi nyata Green Lantern – Lanterns, Booster Gold dan Paradise Lost.

Chapter One – God and Monster akan bermuka dengan filem Superman yang akan ditayangkan pada tahun 2025 nanti. Jika anda tertanya bagaimana DCU akan bermula, filem The Flash tahun ini akan memainkan peranan penting kerana ura-ura yang kami laporkan sebelum ini telah disahkan – The Flash akan menjadi filem yang mengolah semula DCEU menjadi DCU. Mengikut teori, filem ini akan melibatkan The Flashpoint dan dunia berubah apabila The Flash menrentas masa.

Sohor Kini