Untuk filem, Marvel dan Disney yang berjaya dalam membina dunia filem adiwira – lihat sahaja Marvel Cinematic Universe atau MCU. DC dan Warner Bros. pula cuba DCEU, tetapi jelas ia gagal. World building mereka tidak berjaya, banyak filem menjadi tiada kaitan dan tersendiri seperti The Suicide Squad, Shazam!, dan akan datang Black Adam.

Filem yang masih kita boleh kata dalam DCEU akan datang adalah The Flash, lakonan Ezra Miller. Beliau adalah variasi The Flash yang sama dalam SnyderVerse dan beberapa filem DC lain. Terkini terdapat khabar angin melaporkan yang filem The Flash ini akan mengolah semula dunia DCEU.

Filem dikatakan akan soft reboot dengan membuang semua kaitan mereka dengan jalan cerita Snyderverse. Jika benar, Warner Bros. benar-benar tidak suka Zack Snyder ke?

Dalam The Flash nanti, Warner Bros. dikatakan memadam kaitan Man of Steel, Batman v Superman dan Justice League dan secara tidak langsung menghapuskan kewujudan Henry Cavill sebagai Superman dan Ben Affleck sebagai Batman.

Daripada sumber yang sama, beliau turut mendakwa yang filem The Flash ini akan menetapkan Supergirl (lakonan Sasha Calle) sebagai pengganti Superman utama dunia DC baharu, Batman versi Michael Keaton dan Batgirl pula menjadi pengganti Batman, dan The Flash bersama-sama dengan Supergirl akan bertemu dengan Shazam untuk tubuhkan pasukan Justice League baharu.

Filem ini kita tahu akan mengambil inspirasi daripada The Flashpoint. Harapnya dengan olahan semula ini, dunia DC akan menjadi lebih baik. Warner Bros. boleh dikatakan melakukan strategi Fox dengan X-Men: First Class. Apa-apa pun dunia DC baharu dilihat agak menarik dengan Commissioner Gordon (J.K. Simmon) kembali (tapi bukan versi Snyderverse?) dan Brendan Fraser sebagai Firefly.

Mungkin The Batman boleh masuk juga? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini