Selain mengumumkan lima filem yang akan memulakan era baharu untuk DC Universe, James Gunn dan Peter Safran juga telah mengumumkan lima siri TV baharu iaitu siri animasi Creature Commandos, siri sampingan Peacemaker, Waller, Lantern, Booster Gold dan Paradise Lost.

Berikut adalah antara maklumat lanjut mengenai setiap filem yang dikongsi-kan oleh Deadline;

  • Creature Commandos – Siri animasi ini akan ditulis oleh James Gunn sendiri dan akan memperlihatkan pelbagai watak yang terdiri daripada manusia, serigala jadian, pontianak, raksasa Frankenstein dan Gorgon. Weaser dari Suicide Squad juga akan disertakan di dalam siri ini.
  • Waller – Siri sampingan yang akan mengekalkan Viola Davis sebagai Waller seperti di dalam Peacemaker dan juga Suicide Squad. Christal Henry akan menulis bersama dengan Jeremy Carver.
  • Lanterns – Siri ini akan cuba untuk membawa konsep “True Detective” di dalam DC Universe yang akan menyertakan dua Green Lanterns iaitu Hal Jordan dan John Stewart dan adalah berasingan dengan Green Lantern yang sedang dihasilkan oleh Greg Berlanti.
  • Paradise Lost – Jika Lanters seperti True Detective, Paradise Lost pula dikatakan mengambil inspirasi daripada Game of Thrones yang memfokuskan kepada Themyscira iaitu tempat tinggal Amazons dan juga tempat lahir Wonder Woman. Siri ini akan berlaku sebelum lahirnya Diana ataupun Wonder Woman.
  • Booster Gold – Siri ini adalah mengenai seseorang yang datang dari masa depan menyamar menjadi adiwira pada masa sekarang.

Buat masa ini masih tiada tarikh siaran untuk kesemua siri tetapi disahkan akan tiba di platform penstriman HBO Max ataupun platform baharu selepas gabungan dengan Discovery+.

Sohor Kini