Ketika acara Developer Direct, Turn 10 Studios telah melakukan perkongsian lanjut mengenai Forza Motosrpot yang akan dikeluarkan sekitar tahun ini untuk Xbox Series dan PC.

Antara perkongsian yang dilakukan adalah setiap kereta di dalam permainan ini akan mempunyai logik pelanggaran tersendiri memberikan kesan yang lebih realistik untuk setiap kereta yang berbeza. Kesan kotoran juga akan mengikut apa yang berlaku di dalam perlumbaan dan juga rekaan kereta itu sendiri.

Mereka mengatakan yang teknologi pelanggaran yang digunakan adalah jauh lebih baik berbanding Forza Motorsports 5,6, dan 7.

Turn 10 Studios juga mengatakan yang permainan ini akan menyertakan bunyi dan kesan bunyi yang lebih realistik berbanding mana-mana permainan lumba kereta dengan keadaan semasa kereta, pengubahsuaian yang dilakukan akan memberikan bunyi yang berlainan seperti dunia nyata.

Mereka juga berkongsi lanjut mengenai litar Kyalami Grand Prix Circuit, iaitu salah satu litar baharu yang akan tiba di dalam permainan ini bersama dengan beberapa litar lain yang kembali.

Manakala bagi grafik, permainan ini boleh dimainkan dengan resolusi 4K, kadar kelancaran 60FPS dengan Ray Tracing dibuka.

Semasa pelancaran, Forza Motosport akan ditawarkan di dalam Xbox Game Pass dan juga PC Game Pass.

Sohor Kini