Turn 10 Studios telah mengumumkan permainan baharu untuk siri Forza Motorsport ketika Xbox & Bethesda Showcase, di mana ia akan menggunakan judul Forza Motorsport sahaja dan tidak lagi mempunyai nombor, mungkin menandakan ia adalah permulaan semula siri tersebut.

Forza Motosport akan dikeluarkan untuk Xbox Series dan PC pada suku kedua tahun depan, ia juga akan disertakan di dalam Game Pass untuk Xbox dan PC pada hari pelancaran.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Melalui treler yang dikongsi mereka telah memperlihatkan beberapa litar lama yang telah menerima sentuhan semula seperti Maple Valley, Circuit de Spa-Francorchamps dan Laguna Seca Raceway. Mereka juga memperlihatkan litar baharu iaitu Kyalami Grand Prix Circuit di Afrika Selatan dan Circuit Hakone di Jepun.

Forza Motosport juga akan mengekalkan sistem siang dan malam dan juga cuaca yang dinamik, tambahan itu ia juga akan menjadikan lebih realistik dengan keadaan cuaca dan suhu akan memberikan pengalaman berbeza semasa memandu. Ia juga akan menyertakan kesan pelanggaran yang realistik.

Dari segi grafik, mereka mengesahkan yang ia akan menyertakan ray tracing semasa bermain dan tidak lagi terhad kepada photo mode sahaja.

Maklumat lanjut mengenai Forza Motosport akan dikongsi kan dalam masa terdekat.

Sohor Kini