Pada bulan November lepas telah dilaporkan yang Blizzard telah gagal mencapai kata sepakat dengan rakan kongsi mereka di China iatiu NetEase di dalam penerbitan permainan-permainan Blizzard di negara tersebut.

Blizzard telah membuat tawaran untuk meneruskan lagi kerjasama selama 6 bulan, tetapi pada masa sama Blizzard akan mencari rakan kongsi yang lain.

NetEase melalui kenyataan mereka sendiri telah menolak tawaran tersebut dan jika tiada tawaran baharu dikeluarkan, perkhidmatan permainan seperti World of Warcraft, Hearthstone, StarCraft, Diablo III dan Heroes of the Storm di China akan dihentikan pada 23 Januari ini.

Di dalam satu video yang dikongsi di channel Youtube Game Clips and Tips, diperlihatkan beberapa individu yang dikatakan sebagai pekerja NetEase menghancurkan patung World of Warcraft.

Di akhir video diperlihatkan juga mereka meminum air NetEase dan menurut Eurogamer, air di dalam video tersebut adalah “Air Teh Hijau” yang merupakan gelaran diberikan kepada orang yang nampak tidak bersalah tetapi sangat manipulatif.

Perkara ini sudah semestinya satu keadaan yang tidak baik untuk kedua-dua pihak, tambahan lagi NetEase dan Blizzard juga berkerjasama di dalam penerbitan permainan Diablo Immortal yang buat masa ini tidak terjejas dengan masalah ini.

Sohor Kini