Blizzard Entertainment telah mengumumkan yang selepas perbincangan berlaku, mereka gagal untuk mencapai kata sepakat untuk meneruskan kerjasama mereka bersama dengan NetEase di dalam penerbitan permainan di China.
Oleh disebabkan itu, bermula pada 23 Januari 2023 iaitu selepas lesen sedia ada tamat, perkhidmatan permainan-permainan Blizzard seperti World of Warcraft, Hearthstone, StarCraft, Diablo III dan Heroes of the Storm yang dihentikan buat sementara waktu.
Mereka juga akan menghentikan sementara sebarang penjualan bagi permainan tersebut, akan tetapi kandungan baharu yang sepatutnya tiba pada akhir tahun ini masih lagi akan ditawarkan. Manakala bagi Diablo Immortal yang mempunyai perjanjian tersendiri tidak akan terjejas dengan perkembangan terbaru ini.