Tahun ini kita akan disajikan dengan lebih banyak siri TV menarik daripada pelbagai platform penstriman video. Di Netflix anda boleh sudah tonton siri rompakan 8 episod yang tidak perlu ditonton mengikut turutan, Kaleidoscope. Prime Video akan hadir dengan siri sampingan The Boys, Gen V. Di Apple TV+ siri Shrinking lakonan Harrison Ford dan Jason Segel.

Satu lagi siri TV Apple TV+ yang baru sahaja diumumkan adalah Liaison. Ia adalah satu drama kontemporari yang menceritakan kisah silam seseorang boleh merosakkan masa hadapan masing-masing. Siri ini akan dipenuhi dengan aksi, kisah berlapis antara politik dan pengintipan, serta kisah cinta. Liaison akan memfokuskan kepada dua watak lakonan Vincent Cassel dan Eva Green.

Siri ini adalah gabungan bahasa Perancis dan juga Inggeris dan turut akan menyertakan pelakon seperti Peter Mullan, Gerard Lanvin, Daniel Francis, Stanislas Merhar, Irene Jacob, Laetitia Eido, Eriq Ebouaney, Bukky Bakray dan Thierry Fremont. Ia mempunyai enam episod dan akan disiarkan bermula 24 Februari sehingga 31 Mac.

Siaran adalah eksklusif di Apple TV+.

Sohor Kini