Harrison Ford masih aktif berlakon dengan filem terbaru Indiana Jones 5, disahkan akan menjadi Thunderbolt Ross dalam MCU dan terbaru adalah siri komedi di Apple TV+, Shrinking.

Shrinking mengisahkan seorang doktor terapi yang sedang kesedihan lakonan Jason Segel (Marshall Eriksen How I Met Your Mother). Beliau mula merawati pesakit dengan melanggar segala etika, peraturan dan hanya mengikut apa yang beliau fikir yang terbaik. Kaedah rawatan ini beliau sedari membantu ramai orang termasuk dengan diri sendiri.

Shrinking merupakan siri TV pertama Harrison Ford sebagai watak utama dan beliau disertai oleh Christa Miller, Jessica Williams, Michael Urie, Luke Tennie dan Lukita Maxwell. Siri TV ini ini bergenre komedi dan ditulis oleh pencipta Ted Lasso Bill Lawrence, pelakon Ted Lasso Brett Goldstein dan Jason Segel sendiri.

Ia dihasilkan oleh Warner Bros. dan mempunyai 10 episod. Dua episod pertama akan disiarkan di Apple TV+ pada 27 Januari akan datang dan akan diteruskan secara mingguan.

Sohor Kini