Netflix menawarkan pelbagai genre kandungan yang menarik. Format penceritaan juga pelbagai dan mereka cuba menawarkan yang unik untuk memastikan pelanggan kekal melanggan. Terkini adalah Kaleidoscope, siri TV rompakan yang membenarkan penonton tonton tanpa mengikut turutan.

Tonton treler di bawah;

Kaleidoscope akan disampaikan dalam beberapa episod yang akan membina suspens, menarik minat secara berbeza dan memberi pengalaman menonton yang berbeza. Setiap episod mempunyai judul menggunakan warna, di mana penonton boleh mula dengan Yellow atau Green dan beralih ke episod yang lebih mendalam seperti Blue, Violet atau Orange dan diteruskan dengan Red atau Pink untuk menuju ke episod akhir White: The Heist.

Menurut Netflix, bergantung kepada episod mana yang mula ditonton – perspektif dan pandangan masing-masing akan berbeza untuk keseluruhan siri TV ini. Penyampaian Kaleidoscope adalah untuk sepanjang 24 tahun sebelum rompakan bermula enam bulan selepas dalam lapan episod.

Kaleidoscope akan memfokuskan kepada pasukan perompak yang hebat, dalam cubaan merompak peti besi paling sukar untuk dipecah masuk yang dilindungi oleh syarikat sekuriti paling hebat dalam dunia dengan pihak berkuasa sentiasa memantau. Ia akan menyertakan pelbagai tekaria, tamak, dendam, kesetiaan, pengkhianatan dan pelbagai lagi. Ia akan membina persoalan bagaimana mereka akan merompak, siapa yang akan bebas dan ditangkap dan siapa yang boleh dipercayai?

Pelakon yang terlibat adalah seperti berikut;

  • Giancarlo Esposito – Leo Pap
  • Rufus Sewell – Roger Salas
  • Paz Vega – Ava Mercer
  • Tati Gabrielle – Hannah
  • Rosaline Elbay – Judy Goodwin
  • Jai Courtney – Bob Goodwin
  • Peter Mark Kendall – Stan Loomis
  • Niousha Noor – Nazan Abassi
  • Jordan Mendoza – seorang pelakon

Siri ini akan disiarkan pada 1 Januari 2023 nanti, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini