Skip to main content

Treler pertama Gen V akhirnya dipertontonkan. Gen V adalah siri sampingan kepada The Boys, di mana ia memfokuskan pelajar-pelajar kolej Godolkin di bawah jagaan Vought International dengan kuasa luar biasa. Siri ini akan mempunyai konsep Battle Royale dengan tema ngeri, ganas dan darah tanpa henti seperti The Boys.

Siri Gen V dikatakan akan membawa kepada penceritaan The Boys musim keempat. Dalam treler, ia memperlihatkan para pelajar yang suka kenakan antara satu sama lain, tetapi berakhir dengan perkara yang kejam dan berdarah.

Satu watak dilihat mempunyai tentakel berdarah yang membunuh. Ia juga memperlihatkan dunia Gen V yang aneh dengan ada adegan anak patung ala Sesame Street dibunuh, penampilan A-Train dan Ashley Barrett dan banyak lagi. Berdasarkan treler ia mungkin akan memberi fokus kepada watak Marie Moreau dan Emma Shaw lakonan Jaz Sinclair serta Lizzie Broadway.

Pelakon lain dalam siri ini adalah Chance Perdomo, Shelley Conn, Maddie Phillips, London Thor, Derek Luh, Asa Germann, Patrick Schwarzenegger, Sean Patrick Thomas, dan Marco Pigossi

V dalam The Boys adalah kompaun kimia yang memberi kuasa luar biasa kepada manusia. Setakat ini sudah ada dua versi iaitu Compund V dan dalam musim ketiga ada variasi baharu iaitu Temp V. Siri ini akan disiarkan di Prime Video pada 2023 akan datang.

Leave a Reply