Skip to main content

Didi & Friends adalah siri animasi muzikal kanak-kanak yang kini di bawah Warnakala Studios. Sejak dikendalikan oleh studio baharu ini, pelbagai projek telah diumumkan termasuk permainan video.

Tetapi semasa animasi ini masih di bawah Digital Durian, mereka pernah mengacah filem Didi & Friends The Movie pada tahun 2020. Filem ini adalah sesuatu yang baru dan bukan seperti Konsert Hora Horey Didi & Friends yang ditayangkan pada tahun 2018.

Kini selepas sekian lama menanti, Hairul Sofian iaitu salah seorang eksekutif Warnakala mengumumkan secara rasmi kehadiran Didi & Friends The Movie. Video acah filem ini dikatakan akan didedahkan esok 2 petang.

Filem ini dikatakan akan menawarkan grafik yang tinggi, seperti tekstur bulu watak-watak yang lebih jelas. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai filem ini esok.

Leave a Reply