Rasmi: Warnakala Studios Adalah Pemilik Baharu Didi & Friends

Digital Durian baru-baru ini telah melepaskan Didi & Friends kepada syarikat baru. Sinan Ismail selaku CEO Digital Durian tidak mendedahkan syarikat apa yang memiliki animasi ini.

Dalam beberapa ciapan di Twitter @didiandfriends, seperti jemputan untuk menyertai pasukan Didi & Friends dan pencarian pekerja baru – mereka dilihat menggunakan tanda tagar #WarnakalaStudios dan #WarnaKrew serta alamat emel mereka juga mempunyai nama domain warnakala.com.

Ini secara tidak langsung mengesahkan yang hak milik intelektual animasi ini dimiliki oleh Warnakala Studios. Di laman Facebook Page mereka, siaran Ogos lepas turut kelihatan bekas pengasas bersama Didi & Friends iaitu Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian berada dalam satu tangkapan layar telesidang syarikat ini.

Sohor Kini